Powered By Blogger

Selasa, 18 Disember 2012

30 Gambar pemenang anugerah Pulitzer

Hadiah Pulitzer ialah anugerah untuk pencapaian dalam kewartawanan akhbar, kesusasteraan dan gubahan muzik di Amerika Syarikat. Anugerah ini diperkenalkan oleh Joseph Pulitzer dan diselia oleh Universiti Columbia di Bandar Raya New York.
Anugerah ini diberikan setiap tahun dalam 21 kategori. Dalam setiap 20 kategori, pemenang menerima sijil dan AS$10,000 tunai. Pemenang dalam kategori perkhidmatan awam kewartawanan dianugerahkan pingat emas yang selalunya diberikan kepada akhbar, bagaimanapun individu akan dinamakan dalam petikan.

gambar-gambar ini telah diambil oleh Fotografer kewartawanan akhbar di serata dunia. Gambar-gambar yang diambil oleh mereka ini sememangnya menarik. ianya bukan sekadar sekeping gambar untuk diperhatikan tetapi ianya mempunyai cerita, perasaan dan pelbagai emosi lagi yang dapat dirasakan bila melihat gambar-gambar ini.

Gambar-gambar ini telah dipamerkan di  Yellowstone Art Museum di Billings, Montana dengan tajuk pameran tersebut adalah “Capture the Moment: The Pulitzer Prize Photographs”. 

1981 1981

Isnin, 17 Disember 2012

Gambar Dari Atas Awan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. dah agak lama aku tak keluarkan apa-apa entry dalam blog aku ni. jadi aku wat keputusan nak sapu sikit sawang dan habuk pada blog ni dengan gambar-gambar menakjubkan pemandangan dari atas awan. untuk ambil gambar-gambar sebegini, sudah pasti kita perlu berada lebih tinggi dari awan. mungkin di atas gunung atau dari dalam kapal terbang. jadi, kalau nak dapat gambar-gambar sebegini, selalu bersedia dengan kamera anda bila berada di dalam kapal terbang atau di puncak gunung.

tetapi, dalam banyak-banyak gambar, gambar roket di bawah ni adalah yang terbaik pernah aku tengok.  puas aku kaji, dari mana dia photographer ni berada untuk ambil gambar yang menarik macam ni. aku rasa gambar ni diambil semasa roket telah dilancarkan dan bukan semasa roket masih lagi berada di bumi. bagi aku, gambar di bawah ni memang hasil fotografi yang terbaik dan menarik yang pernah aku lihat.






by Richard Silvera
Source: pcdn.500px.net  /  via: abduzeedo.com

selain itu, terdapat banyak lagi gambar pemandangan dari atas awan yang menarik untuk tatapan semua.

By Luís Riafoge