Powered By Blogger

Ahad, 4 November 2012

Anastasiya Shpagina- Anime hidup

Assalamualaikum.dan salam sejahtera
Jangan terkejut bila melihat gambar-gambar di bawah ini. Ini bukan gambar patung, tetapi manusia sebenar yang bernama Anastasiya Shpagina dari Ukraine yang mengubah bentuk badan dan rupa beliau kepada rupa dan bentuk badan watak anime.Beliau juga ingin dikenali dengan nama anime beliau iaitu Fukkacumi. Pada yang tak tahu anime adalah Animasi atau kartun dari Jepun yang kebiasaannya watak wanita dalam Animasi tersebut mempunyai mata yang besar dan badan yang ramping. Ada yang mengartakan beliau melakukan pembedahan plastik untuk mengubah rupa bentuk dan wajah beliau dan ada juga yang mengatakan ianya hanya make-up semata-mata. Tidak dapat dipastikan kesahihan berita tersebut kerana gambar wajah dan bentuk badan sebenar beliau masih belum didedahkan. Ada yang mengatakan beliau mengambil masa selama lebih dari setengah jam untuk membuatkan matanya menjadi besar seperti watak di dalam anime.



Jumaat, 19 Oktober 2012

Hidupan laut - Alexander Semenov

Assalamualaikum.
Untuk Entri kali ni, aku nak kongsikan tentang Alexander Semenov. Siapa dia ni? Alexander Semenov adalah seorang Marin Biologist dan juga Profesional Underwater Photographer. Beliau juga adalah ketua pasukan penyelam saintifik (scientific Divers) yang bertugas di White Sea Biological Station Lomonov's Moscow State University. Beliau mula mengambil gambar pada tahun 2007 dan setahun kemudian beliau mula untuk melakukan Eksperimen bawah laut di mana beliau mengambil gambar pemandangan, haiwan dan lanskap dasar laut. Tidak mudah untuk mengambil gambar dasar laut kerana keadaan di dasar laut tidak sama dengan dengan di daratan. tetapi gambar-gambar yang diambil oleh beliau sangat cantik dan jelas. Begitu menakjubkan dan mempesonakan. Di bawah ini adalah antara hasil-hasil kerja beliau.



Khamis, 18 Oktober 2012

Lava dan Air Laut

Assalamualaikum
Sebelum ini aku pernah buat entri tentang gmbar-gambar letusan gunung berapi. Untuk entri kali ni, aku nak tunjukkan gambar-gambar menarik, menakjubkan apabila lava gunung berapi bertemu dengan air laut. Ada di antara gunung berapi yang masih aktif berada di pulau-pulau atau di tepi pantai. Apabila gunung2 berapi ini meletup, lava-lava dari gunung berapi ini akan ke laut dan disejukkan oleh air laut dan menjadi daratan yang baru.

Di bawah ini adalah antara gambar-gambar yang menakjubkan apabila lava vertemu dengan air laut.


 Source: i.dailymail.co.uk

Rabu, 17 Oktober 2012

Fotografi Hidupan Liar - Klaus Tiedge

Klaus Tiedge adalah seorang Photographer Hidupan Liar (Wild Life Photographer) kelahiran Jerman yang telah mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang Fotografi hidupan liar ni. Pelbagai gambar hidupan liar telah diambil oleh beliau. Beliau telah bekerja di beberapa negara seperti India, Jepun, Brazil dan Amerika Syarikat. Pada tahun 2001, beliau telah berpindah ke Cape Town, Afrika Selatan dan menetap di sana dan mengambil kesempatan daripada industri fashion yang berkembang di sana.

Pada tahun 2008, beliau telah memutuskan untuk menangguhkan sementara dalam bidang komersil dan mula mengalihkan perhatian kepada keindahan dan kepelbagaian yang terdapat di benua Afrika.

Di antara hasil-hasil fotografi Hidupan Liar dari Klaus Tiedge.





Ahad, 14 Oktober 2012

Lukisan di sawah padi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Entri kali ni, aku post gambar-gambar lukisan, mural di sawah padi yang hanya ada di Jepun. kreatif kan orang-orang jepun ni?..sawah padi ditukarkan menjadi kanvas dan dicorakkan dengan lukisan yang menarik.
Aku tak tahu macam mana mereka boleh terfikir nak buat benda-benda macam ni. Mungkin merka kebosanan semsa menunggu musim menuai padi, jadi mereka membuat lukisan-lukisan di sawah padi mereka.






Jumaat, 12 Oktober 2012

Gambar Air Terjun yang cantik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk Entri kali ni, aku post gambar-gambar air terjun yang menarik di serata dunia yang diambil oleh Photographer yang berbakat. Air terjun adalah 1 elemen alam semulajadi yang menarik di merata dunia. Gambar-gambar sebegini boleh, membuatkan kita terasa tenang dan santai. Ia juga membuatkan kita sedar tentang kebesaran Yang Maha Esa.

Palouse Falls © Vincent Piotrowski

Khamis, 11 Oktober 2012

Mentari Terbit di serata dunia (Gambar)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Untuk Entri kali ni.. aku jamukan mata semua yang membaca entri ni dengan pemandangan indah terbitnya sang mentari yang diambil oleh photographer-photographer serata dunia

Bagi aku yang juga penggemar  photography terbit dan tenggelam mentari, gambar-gambar ini adalah yang terbaik yang pernah aku lihat. Mungkin ada gambar lain yang aku tak jumpa.

Galicia, Spain
Source: pixkanaka