Powered By Blogger

Selasa, 13 November 2012

Pantai Kelanang- Lanskap

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera...
dah lama aku tak update blog ni dengan entry baru... tengah kumpul bahan sebenarnye.
Untuk Entry kali ni.. aku nak share gamba-gamba yang aku shoot di Pantai Kelanang dulu. Pantai Kelanang ni terletak di Banting Selangor. Berhampiran dengan Pantai Morib. Bagi aku, keistimewaan pantai ni adalah lanskap dia yang dipenuhi dengan batang-batang pokok. Ianya menjadikan pantai ni menarik untuk Photographer-Photographer.



Ahad, 4 November 2012

Anastasiya Shpagina- Anime hidup

Assalamualaikum.dan salam sejahtera
Jangan terkejut bila melihat gambar-gambar di bawah ini. Ini bukan gambar patung, tetapi manusia sebenar yang bernama Anastasiya Shpagina dari Ukraine yang mengubah bentuk badan dan rupa beliau kepada rupa dan bentuk badan watak anime.Beliau juga ingin dikenali dengan nama anime beliau iaitu Fukkacumi. Pada yang tak tahu anime adalah Animasi atau kartun dari Jepun yang kebiasaannya watak wanita dalam Animasi tersebut mempunyai mata yang besar dan badan yang ramping. Ada yang mengartakan beliau melakukan pembedahan plastik untuk mengubah rupa bentuk dan wajah beliau dan ada juga yang mengatakan ianya hanya make-up semata-mata. Tidak dapat dipastikan kesahihan berita tersebut kerana gambar wajah dan bentuk badan sebenar beliau masih belum didedahkan. Ada yang mengatakan beliau mengambil masa selama lebih dari setengah jam untuk membuatkan matanya menjadi besar seperti watak di dalam anime.