Powered By Blogger

Khamis, 26 Julai 2012

Aku Dan Fotografi

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,aku masih lagi bernafas dan bernyawa pada hari ke 6 dalam Bulan Ramadhan Al Mubarak. . Setakat ni Surau-Surau, Masjid-masjid masih lagi dipenuhi oleh Muslimin dan Muslimat. Lepas ni Wallahualam.

OK la untuk Entry ke 2 ni... aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dengan dunia Fotografi.

Pada mulanya aku ambil gambar macam orang lain guna kamera digital yang biasa. Masa aku kecik dulu pernah la guna kamera yang guna filem. Yang membanggakan... masa guna kamera filem dulu, gambar-gamba yang aku ambil x gegar, x goyang, x blur. clear je. Lepas tu, aku membesar macam orang lain dengan cita-cita nak menjadi pemain bolasepak yang berjaya. tetapi tak kesampaian sebab aku cedera dan kecewa dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak negeri.(tak payah la aku cerita FA negeri mana) Aku memang tak ada minat atau nak tau apa itu Fotografi pada waktu tu. Kemudian aku mula bekerja, lepas tu dapat tawaran belajar, habis belajar dapat kerja. Macam orang biasa.

Kemudian pada suatu hari pada tahun 2009, aku diperkenalkan dengan DSLR di suatu majlis. Aku mula mencuba DSLR milik sahabat aku tu. Beberapa shot di ambil. Pada masa itu, ada terbit sedikit minat pada fotografi. tapi hanya seketika sehinggalah pada tahun yang sama, tempat aku bekerja memberikan aku sebuah DSLR Nikon D80 untuk dijaga. Sebenarnya aku ditugaskan untuk menjaga peralatan teknikal pejabat aku, jadi segala peralatan teknikal aku yang jaga termasuk DSLR Nikon D80 tersebut. Masa aku mula-mula dapat DSLR tu, aku memang buta tentang fotografi. Aku tak tau apa itu Fotografi. aku tak tau apa yang dimaksudkan dengan ISO, Shutter, Aperture, Rules of 3rd, Depth Of Field, Bokeh dan bermacam perkara berkaitan dengan fotografi. Kemudian aku mula bertanya pada salah seorang sahabat aku  yang mempunyai DSLR. Aku membawa keluar DSLR Nikon tersebut untuk jumpa sahabat aku ni tanpa pengetahuan bos aku. Aku cuma nak tau apa fungsi dia sebab aku terfikir "apa guna beli kamera besar-besar camni tapi tak tau nak guna?baik beli digital biasa je?" Sahabat aku ni ajar la aku. Lama-kelamaan minat aku pada Fotografi semakin meningkat. Aku belajar banyak benda dari beberapa orang sahabat yang dah lama guna DSLR. Bos aku pun dah benarkan aku bawa keluar DSLR daripada pejabat sebab aku bagitahu dia yang aku nak belajar guna DSLR ni dari kawan-kawan aku. Bos aku benarkan dengan  amaran secara halus "jangan hilangkan, rosak takpe sebab boleh hantar gi repair." 

Jadi aku gunakan DSLR tu macam hak milik aku.( Tapi kalau bebudak ofis aku nak gunakan, aku bagi je. Lagipun DSLR tu bukan hak aku pun.). Sepanjang aku menggunakan DSLR tersebut, aku mula berminat dengan Fotografi Lanskap. Yang paling aku minat adalah pemandangan Sunrise atau Sunset. Kebiasaanya aku shoot Sunset sebab susah nak cari view Sunrise yang menarik kat sekitar Putrajaya ni. Aku gerak seorang diri dan buat photoshoot di sekitar Putrajaya. Lagipun Putrajaya ni banyak taman, mudah untuk sesiapa yang berminat dengan Fotografi Lanskap. Sambil tunggu Sunset sempat la aku nk shoot benda lain dulu.

Di bawah ni adalah antara gambar-gambar sunrise dan sunset yang aku anggap terbaik.

 Gambar ini diambil daripada dalam kawasan pejabat aku.


 Gambar ni aku shot di Taman Botani Putrajaya.


 Gambar ni adalah Suasana pagi di Batu Pahat. Ramai kawan-kawan aku ingat ini gambar waktu senja.


 Jambatan Seri Wawasan

 Menara Alaf Baru


Ni pulak gambar masa Hari Belia Negara di Putrajaya.

Setakat ni je la dulu Entry untuk kali ni. Insya Allah aku akan ada entry yang lain jika umur aku panjang dan aku tak lupa password.

Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka.

1 ulasan: