Powered By Blogger

Isnin, 24 September 2012

Aurora


Aurora ooh aurora.. pentingkah kamu itu... mengapa aku terpegun... antara bait-bait lirik lagu Aurora dari kumpulan Estranged. Aku rasa ramai yg tahu pasala kumpulan ni. Ok.. aku bukan nak cerita pasal kumpulan Estranged ni.. tapi aku nk cerita pasal Aurora. 

Apa itu Aurora?
Aurora adalah fenomena cahaya yang terjadi di langit malam dan berlaku di kawasan Kutub. Nama Aurora diambil dari nama Dewi Rom. Di Kutub Utara ianya digelar Aurora Borealis. Borealis diambil daripada nama Greek untuk angin utara iaitu Boreas. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.


Bagaimana ia terjadi?..
Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionesfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.

Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.


















aaaaa





























https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh49xUXaXfkK7FvKfbCAzyxT5GI3MxZ7eCm46skFkMqKcGvIa2o1AZY6b14PTLStXzV6HchCt9u5_Ix4DPn6lTKRxoj0nQiLNM5p9L_0W7qToVVSAlVjY_cYD_X8MSWFdGdh8WL1qYxFm73/s1600/aurora+borealis+mountain.jpg

http://apod.nasa.gov/apod/image/0808/PerseidMoonlightAurora9_westlake_big.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio_ZJ4VyFi3HgX0GAP4qsAHiBlhSIgZ-DwARUTeX73_rLOiS8T8Zlv5t0nD2ULsW7loiEVH9Bdzm7E_GkUvgjuvXteW0HFl4XFrZYlCSHQ0Hf1wOzhc_KKkLW5EFQ0uXcENUf4AVHlUDiG/s1600/aurora+borealis+kiambanglayu.blogspot.com+2.jpg

Menarik dan cantik bukan gambar-gambar di atas? Untuk tips mengambil gambar Aurora boleh la ke page http://www.alaskaphotographyblog.com milik Patrick J Endres seorang Freelance stock dan Assignment Photographer. beliau telah tinggal lebih kurang 30 tahun di Alaska. Alaska berhampiran dengan Hemisfra Utara dan tempat yang sesuai untuk melihat fenomena Aurora.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan