Via: beautifulplacestovisit.com
Sumber: 9wows.com
Gua Batu Marmar Patagonia, terletak di negara Chile, adalah gua batu marmar yang cantik di Tasik Carrera yang menakjubkan. Cahaya yang masuk ke dalam gua akan terpantul ke dinding batu marmar dan akan mewujudkan pertunjukan cahaya mempesonakan. Gua-gua tersebut terdiri daripada tiga gua utama: Chapel (La Capilla), Katedral (El Catedral), dan Gua (La Cueva). Pelawat-pelawat boleh meneroka gua-gua tersebut menggunakan bot atau kayak tetapi hanya pada waktu air Tasik Carrera menjadi tenang.
Tasik Carrera berada di sempadan antara Argentina dan Chile dengan gua batu marmar ini berada di dalam Negara Chile. Gua ini adalah satu keajaiban alam semula jadi yang jarang berlaku, kewujudan gua ini kini terancam oleh rancangan untuk membina lima empangan besar di kawasan itu.
Bagi aku, keindahan semulajadi ciptaan Allah ini harus dijaga. jika kerajaan Argentina tetap dengan keputusan untuk membina empangan tersebut, Gua dan tasik ini akan hilang begitu saja. hanya gambar sahaja yang dapat dijadikan bukti kepada generasi akan datang tentang kewujudan Gua Batu Marmar Patagonia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan