Powered By Blogger

Selasa, 25 September 2012

Tempat-tempat unik yang wujud di Bumi

Assalamualaikum.

Untuk Entry kali ni, aku nak kongsi beberapa gambar lanskap yang agak unik yang korang semua mungkin percaya atau tak yang wujud di muka bumi ni. Aku rasa dalam blog-blog lain ada diceritakan, dikongsikan tentang lanskap-lanskap ni. Tanpa Photographer-photographer yang hebat dan berpengalaman, dan tanpa bantuan dunia Internet. Kita mungkin tak tahu kewujudan tentang lanskap-lanskap ini. lanskap-lanskap ini bukan sahaja menarik dan unik, malahan gambar-gambar yang diambil oleh Photographer-photographer ini juga cantik dan menunjukkan keunikan lanskap-lanskap ini.

Iceland

 Negara yang dipenuhi dengan ais, batu, wap dan buih. Bila digabungkan semuanya... jadila seperti gamba di bawah. hanya di Iceland. Pulau yang tidak ada pokok, dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 320,000 orang dan terdapat glacier terbesar di Eropah iaitu Vatnajokull. Diingatkan... ini bukan gambar di planet makhluk asing, ini gamba lanskap di Iceland

Iceland by stuckincustoms Iceland by stuckincustoms
Vatnajökull by eir@si
By menesis

 

Pintu Neraka

Lubang yang dikenali sebagai Pintu Neraka ini boleh ditemui di Derweze, sebuah tempat di Turkmenistan dengan bilangan pendduduk seramai 350 orang dan terletak di tengah-tengah padang pasir Kar - Kum kira-kira 260 km ke utara Ashgabat. Lubang ini terjadi secara tidak sengaja apabila sekumpulan para geologi telah menemui gua yang dipenuhi dengan gas asli pada tahun 1971. Tempat di mana pelantar gerudi ditempatkan telah runtuh, dan meninggalkan sebuah lubang dengan diameter sebesar kira-kira 50-100 meter. Bagi mengelakkan gas-gas beracun keluar daripada lubang ini, keputusan telah dibuat bagi membakar gas-gas tersebut. Ianya masih terbakar sehingga kini.

Gate to Hell. Credit: englishrussia

Gas yang terbakar kelihata seperti Planet Venus, Planet yang paling hampir dengan matahari.
Credit: englishrussia
Not to be groundless...Venus

Mauritania

The Eye of the Sahara  juga dikenali sebagai Richat Structure dan Guelb er Richat   mempunyai ukuran diameter hampir 50 kilometer (30batu).di Mauritania. Ianya begitu besar sehingga boleh dilihat dari angkasa. it is so huge it can be visible from the space.  Adakah ianya terjadi disebabkan oeh impak dari meteorite? kesan hakisan? atau penigkatan simetri atau ketiga-tiganya sekali? pakar Geologi masih mengkaji dan tida mengetahui bagaimana ianya boleh terjadi.

The Eye
Credit: Viva NOLA

Pulau Socotra

Pulau ini terletak di Lautan Hindi kira-kira 250 Kilometer daripada Somalia dan 340 Kilometer dari Yaman. Dipercayai pulau ini telah terasing daripada Benua Afrika  lebih kurang 6 atau 7 juta tahun yang lalu. Bentuk muka bumi dan tumbuhan yang terdapat di Pulau ini adalah berbeza dengan mana-mana tempat di bumi. Mungkinkah ianya lanskap semulajadi jutaan tahun dulu?.. Tiada siapa yang tahu

Trees on Socotra by soqotra
By soqotra
Socotra beach by Marco Pavan

Spain

 Rio Tinto – adalah sebatang sungai di barat daya Sepanyol yang berasal di pergunungan Sierra Morena Andalusia. Secara umumnya Ia mengalir dari selatan-barat daya,hingga Teluk Cádiz di Huelva.

Sejak dari zaman purba, tapak di sepanjang sungai ini telah dilombong untuk tembaga, perak, emas, dan mineral lain.Pada sekitar 3,000 SM, orang-orang Iberia dan Tartessians memulakan perlombongan  kemudian diikuti oleh Phoenicia, Yunani, Rom, Visigoth, dan Moors. Selepas sekian lama ditinggalkan, lombong telah ditemui semula pada tahun 1556 dan kerajaan Sepanyol memulakan roperasi melombong sekali lagi pada tahun 1724. Hasil dari perlombongan, Río Tinto  menjadi sangat berasid (pH 2) dan sungai tersebut menjadi warna merah kerana besi yang terlarut dalam airPembuangan Asid  dari lombong ke lombong membawa kepada masalah yang teruk kepada alam sekitar yang telah menyebabkan  kepekatan logam berat di sungai

Rio Tinto by ganso.org Rio Tinto by ganso.org

Arizona

The Antelope Canyon,terletak di Navajo berhampitan Page, Arizona Amerika Syarikat. Ianya kelihatan seperti lukisan daripada susunan batuan. Ianya merupakan salah satu tarikan pelancong ke Amerika. Jika ingin mengetahui lebih lanjut sila ke www.navajonationparks.org


Picturesque rocks by paphio

Taman Negara Yellowstone 

Taman Negara Yellowstone terletak di Wyoming Amerika Syarikat ini adalah taman negara pertama di dunia apabila ianya telah diwartakan sebagai taman negara pada 1Mac 1872. Luas taman negara ini adalah 8,980 km persegi (3,468 batu persegi) dan lebih besar daripada Rhodes island atau Delawaare.

Taman ini terletak di Dataran Tinggi Yellowstone, pada ketinggian purata 2,400 m (8,000 kaki) di atas permukaan laut. Hampir semua sisi dataran tinggi ini bersempadan dengan banjaran pergunungan Rocky  yang tingginya 2,700 hingga 3,400 meter (9,000 hingga 11,000 kaki).

Tiga ngarai (lereng gunung) terdalam berada di taman ini dan yang paling terkenal adalah Grand Canyon Yellowstone.

Salah satu keunikan Taman Negara Yellowstone ini adalah susunan Mata Air Panas Mammoth yang telah tercipta daripada haba, air dan hakisan batu. Formasi ini bagaikan satu ukiran yang hidup dan sentiasa berubah mengikaut aliran air.

Untuk mengetahui segala info sila ke website Yellowstone National Park.
Mammoth Hot Spring by v1ctory 1s m1ne
By v1ctory 1s m1ne
A tree on a walk A tree on a walk. By v1ctory 1s m1ne

 

Denmark

Gambar-gambar di bawah ni bukannya diambi dari Planet Marikh. Tetapi ianya berada di Skagen, Denmark. perbezaan antara Lanskap-lanskap ini dengan Planet marikh adalah air dan langit. Dataran, bentuk muka bumi, hampir sama dengan planet Marikh.
Somewhere in Skagen
Where Baltic meets North Sea by goandgo
Skagen or Mars? by cmdrcord
Mars or Skagen? Credit: apod

Bolivia

Salar de Uyuni, Padang Garam yang terbesar di dunia terletak di Barat Daya Bolivia. Ianya dikelilingi oleh
kaktus, gunung berapi dan geisar. Ianya seolah-olahsebuah seperti planet asing yang jauh dari sistem suria kita.
So the salt does not come from the supermarket. By calimero74
Yellow plants around Salar de Uyuni by Calvin-C



 setakat ini sahaja dahulu gambar-gambar tentang tempat-tempat unik yang berada di Bumi. Semuanya adalah ciptaan Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui. Semoga berjumpa lagi di entry yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan