Untuk entri kali ni aku nak kongsikan gambar-gambar lanskap yang pada pendapat aku memang menarik. Fotografi lanskap memang menarik minat aku. Aku memang meminati fotografi lanskap. Walaupun gambar yang diambil adalah dari tempat yang sama, tapi akan terdapat pebezaan dari setiap fotografer. perbezaan yang aku maksudkan adalah dari segi suasana, cuaca, pemandangan yang diambil. Ianya mungkin akan berlaku ketika gambar itu diambil sahaja. Tak percaya, anda cuba sendiri. Pergi ke mana-mana tempat yang anda rasakan terdapat lanskap yang menarik, set kamera DSLR anda kepada manual dan cuba set ISO, Shutter dan Aperture pada DSLR anda. kemudian mula mengambil gambar sehingga anda berpuas hati. simpan dan ingat semula setting ISO, Aperture, shutter gambar yang anda rasakan menarik. kemudian, selepas beberapa hari, anda pergi semula ke tempat anda shoot pemandangan tersebut, dengan menggunakan setting yang sama, pada waktu yang sama anda ambil gambar empat tersebut sekali lagi. Bandingkan antara gambar yang mula-mula anda ambil dengan gambar yang anda ambil untuk kali ke 2. dengan setting yang sama, waktu yang sama akan terdapat perbezaan. tak percaya anda cuba sendiri.
Pemandangan yang mendamaikan,suasana yang menarik akan membuatkan orang ramai melihat gambar yang telah anda rakamkan. di bawah ni aku sertakan gambar-gambar lanskap yang menarik yang telah dirakamkan oleh fotografer-fotografer yang hebat. seperti kata Ansell Adams
Landscape photography is the supreme test of the photographer - and often the supreme disappointment.
Ansel Adams
29. Edale, Derbyshire.
Via: flickr.com
Malaysia sendiri mempunyai banyak lanskap yang menarik. pada entri yang lain, aku akan cuba untuk post gambar-gambar pemandangan lanskap yang menarik di Malaysia ni. Sampai sini dulu entri aku untuk kali ni. Jumpa di entri yang lain.
Source: http://www.buzzfeed.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan