Powered By Blogger

Selasa, 24 Julai 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum
Salam Ramadhan untuk semua yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.
Blog aku ni sekadar untuk suka-suka. berkongsi pengalaman aku sebagai seorang fotografer amatur. 
Untuk makluman, blog aku ni bukan untuk mengajar ilmu fotografi. aku pun amatur. x cukup  ilmu di dada ni ajar orang. blog ni hanya sekadar coretan pengalaman aku.


Untuk entry pertama aku. Ada yang bertanya pada aku. apa yang  dimaksudkan dengan Fotografi ni? adakah dengan hanya mengambil gambar, sudah dikira sebagai fotografi?




mengikut wikipedia... http://ms.wikipedia.org/wiki/Fotografi Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.
Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu.
Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu:

  1. Pengumpul cahaya = Kamera
  1. Perakam cahaya = Filem atau sensor

Jadi fotografi membawa maksud melukis dengan cahaya. kerana kita memerlukan cahaya untuk menghasilkan gambar. Tapi untuk menghasilkan gambar yang menarik, kita perlu kreatif. Jika seseorang itu kreatif, walaupun hanya menggunakan kamera daripada telefon bimbit, gambar yang diambil akan jadi menarik. 

Bagi aku pula, Fotografi membawa maksud menyimpan memori, kenangan dan sesuatu peristiwa di dalam bentuk gambar. Kerana semua perkara tersebut tidak akan berulang buat kali ke 2. Itu maksud Fotografi bagi aku. Pada yang lain aku tak tahu.

Rata-rata sekarang ini, ramai yang menggunakan DSLR Kamera. Tidak kira apa model, apa jenis. ke mana-mana sahaja kita pergi mesti akan berjumpa dengan manusia yang membawa DSLR Kamera. tapi kadang-kadang aku berfikir, kenapa mereka membeli Kamera DSLR? Adakah mereka tahu bagaimana nak guna Kamera DSLR? atau mereka membeli kamera sebab tengok artis atau kawan-kawan beli?  Aku pun tak tahu. Cuma aku pernah melihat sekumpulan remaja yang menggunakan kamera DSLR ini memang tidak mengetahui cara menggunakannya. Mungkin masih baru dalam bidang Fotografi ni. Aku pun bukanlah hebat sangat. masih banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki. lagipun sekarang banyak blog-blog yang mengajar fotografi seperti http://noorizamsabran.com/ ,www.fototeacher.com dan banyak lagi. Taip sahaja tip Fotografi di Google atau mana search engine, pasti akan ada banyak website tentang fotografi yang dapat membantu anda.

Sempena Ramadhan yang mulia ni, makin ramai orang yang mula mendekati surau-surau, masjid-masjid, membuat amal kebaikan, tapi makin ramai jugak orang yang memenuhi bazar Ramadhan mencari juadah. termasuklah aku. Tidak dinafikan, banyak juadah berbuka puasa yang dijual. Tetapi, jika diperhatikan betul-betul, ada antara juadah-juadah tersebut,  dijual pada masa lain, tetapi kita tak tengok pun. betul la, Ramadhan adalah bulan rezeki. Jual apa sahaja barang makanan, Insya Allah, ada pembeli. Kadang-kadang aku terfikir sendiri  bila tengok orang lain membeli di bazar Ramadhan. penuh dua-dua tangan. habis ke tidak makan masa buka puasa nanti? Kalau dibeli dan kemudian disedekahkan kepada surau, anak yatim atau fakir miskin, Alhamdulillah. tapi jika dibawa pulang ke rumah?.. dan tidak habis.. bukan ke itu satu pembaziran? Fikir-fikirkan. Tak elok membazir. Walaupun Syaitan diikat, dibelenggu semasa bulan Ramadhan, tetapi sahabat-sahabat Syaitan ramai. Berhati-hati semasa membeli. Jangan ikut nafsu, beli apa yang perlu sahaja. Itu sahaja la setakat ni. Terima kasih pada yang membaca. 
Bawah ni ada 2 keping gamba yang ada kena mengena dengan Bulan Ramadhan tapi diambil bukan pada Bulan Ramadhan.










1 ulasan: