Powered By Blogger

Ahad, 23 September 2012

kanak-kanak


Assalamualaikum.

Untuk Entry kali ni... aku kongsikan gambar kanak-kanak, budak-budak yg pernah aku shoot di beberapa event yang aku pergi. Kebanyakannya aku pergi seorang diri. Ke semua gambar yang aku post ni, aku shoot secara candid. Konon-konon nk wat street photography la.

Aku memang suka shoot gambar kanak-kanak, bebudak ni. salah satu sebabnya adalah aku suka tengok telatah dan gelagat mereka. Mereka hanya dengan dunia mereka.. walaupun ada yang malu-malu di saat dirakam gambar mereka, tetapi mereka akan terus bermain, terus melakukan apa jua yang mereka lakukan. Mereka selalu ceria dan mudah tersenyum.



Orang-orang dulu pernah berpesan,kanak-kanak ni ibarat kain putih, kita la yang akan mencorakkan, merwarnakan kain putih tersebut. Kalau cantik corak dan warna yang kita letakkan. sama ada cantik atau tidak, terpulang kepada kita.


Gambar ini aku ambil ketika Pesta Belon Udara di Putrajaya. Aku tak pasti sama ada budak ni perasan aau tidak aku sedang shoot dia.
Salah satu gambar Favourite aku. Gambar ni aku shoot sewaktu pesta Belon Udara Panas. sebenarnya ketiga-tiga orang kanak-kanak ini, bukan adik beradik, malah tak kenal pun antara satu sama lain. tetapi selepas salah seorang dari mereka mula meniup buih, mereka boleh bermain bersama sehingga air buih tu habis.
Gambar ini aku rakamkan semasa satu event kendalian sahabat aku di PPUM.
Comel kan budak ni?... pada mulanya aku nk shoot candid je sebab maa tu dia tengah bermain dengan akak dia. masa aku nk shoot, dia pandang pada aku dan senyum, aku x lepaskan peluang dan shoot. Terima kasih adik walaupun lepas tu dia menyorok malu-malu.
Kanak-kanak yang sama, masa ni ada persembahan akustik. lagu apa aku tak ingat, tapi dia suka dan menari semasa lagu tersebut didendangkan.

Ini gambar anak kawan aku, Khayla Mayreen nama dia. nama panggilan dia omey. comel tak.
Omey lagi
Gambar masa Pesta Belon Udara, lepas air buih dia habis, ayah dia angkat dan letak atas bahu. seronok betul budak ni.

Yang baju oren tu bukan mak Omey... he3.













Gambar ni masa hari belia di Putrajaya. Budak ni tengah tengok persembahan Tarian 1 Malaysia.
 Gambar ini pun masa hari belia di Putrajaya


Hari Belia.
















 Karnival WOW.


Ipin dan peminat di Karnival WOW..


















Sampai sini saja la Entry aku kali ni... kalau ada gambar terbaru dari aku, atau cerita baru, aku akn post. Terima kasih kerana membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan