Powered By Blogger

Sabtu, 15 September 2012

Kembali

Assalamualaikum......
setelah sekian lama... akhirnya aku kembali menulis untuk blog yang tak seberapa ni. Bukan aku menyorok atau bertapa, cuma tidak ada perkara yang hendak aku cerita. Aku telah mengambil banyak gambar, dan seperti biasa aku bergerak secara solo. Dalam entry aku aku sebelum ini, aku ada menulis tentang 1 "Quotes" daripada Henri Cartier Bresson. iaitu “ Your first 10,000 photographs are your worst.".

Bagi aku apa yang beliau katakan adalah betul. Bukan mudah untuk mendapatkan gambar-gambar yang boleh dianggap menarik. Walaupun sekarang ini era digital, tetapi untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik masih ada cabaran yang tersendiri. Cuba bayangkan Photographer-Photographer yang sudah lama berkecimpung dalam bidang Photography sebelum era digital. Dengan hanya menggunakan negatif filem, mereka masih lagi dapat untuk mengambil gambar-gambar yang mernarik perhatian orang ramai untuk melihatnya.

Aku  pula, masih lagi baru dalam bidang ini. Jika aku ini bayi dalam bidang Photography, aku rase aku ni baru mencapai tahap untuk belajar menterbalikan badan aku  untuk meniarap. Masih banyak yang perlu aku pelajari.

Untuk entry kali ni, aku letakkan gambar-gambar lama, yang aku rasa menarik pada pendpat aku. Gambar-gambar ini aku ambil ketika ada "event"  Festival Belon Udara Panas yang ber;anhsung pada Bulan Mac 2012 di Putrajaya. Mintak maaf kalau gambar-gambar ini tak menarik di mata kamu semua. Aku juga nak mintak maaf sebab aku x letak exif data pada gambar-gambar ini. Aku terlupa exif data bg setiap gambar.













Sampai di sini sahaja entry untuk kali ni. Kalau ada yang hendak aku ceitakan, aku akan tulis lagi. terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog aku ni.

2 ulasan: