Powered By Blogger

Rabu, 17 Oktober 2012

Fotografi Hidupan Liar - Klaus Tiedge

Klaus Tiedge adalah seorang Photographer Hidupan Liar (Wild Life Photographer) kelahiran Jerman yang telah mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang Fotografi hidupan liar ni. Pelbagai gambar hidupan liar telah diambil oleh beliau. Beliau telah bekerja di beberapa negara seperti India, Jepun, Brazil dan Amerika Syarikat. Pada tahun 2001, beliau telah berpindah ke Cape Town, Afrika Selatan dan menetap di sana dan mengambil kesempatan daripada industri fashion yang berkembang di sana.

Pada tahun 2008, beliau telah memutuskan untuk menangguhkan sementara dalam bidang komersil dan mula mengalihkan perhatian kepada keindahan dan kepelbagaian yang terdapat di benua Afrika.

Di antara hasil-hasil fotografi Hidupan Liar dari Klaus Tiedge.











 

 























Bagi aku gambar-gambar beliau bukan sahaja cantik, malah ada cerita tersendiri. Gambar-gambar hidupan liar bukan mudah untuk diambil. Seorang Photographer kena mengkaji cara kehidupan haiwan-haiwan ini sebelum dapat moment dan shot yang menarik. Untuk melihat hasil-hasil beliau yang lain boleh ke website beliau di http://www.klaustiedge.com/.

Sampai di sini sahaja dahulu. Berjumpa di entri yang lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan