Powered By Blogger

Isnin, 17 September 2012

Gua Batu Marmar Patagonia



The Marble Caves of Patagonia, Chile, are beautiful vibrant blue caverns, partially submerged in the equally stunning turquoise waters of Carrera Lake.



The Marble Caves of Patagonia, Chile, are beautiful vibrant blue caverns, partially submerged in the equally stunning turquoise waters of Carrera Lake.
Via: beautifulplacestovisit.com

Sumber: 9wows.com 


Gua Batu Marmar Patagonia, terletak di negara Chile,  adalah gua batu marmar yang cantik di Tasik Carrera yang menakjubkan. Cahaya yang masuk ke dalam gua akan terpantul ke dinding batu marmar dan akan mewujudkan pertunjukan cahaya mempesonakan. Gua-gua tersebut terdiri daripada tiga gua utama: Chapel (La Capilla), Katedral (El Catedral), dan Gua (La Cueva). Pelawat-pelawat boleh meneroka gua-gua tersebut menggunakan bot atau kayak tetapi hanya pada waktu air Tasik Carrera  menjadi tenang.
Tasik Carrera berada di sempadan antara Argentina dan Chile dengan gua batu marmar ini berada di dalam Negara Chile. Gua ini adalah satu keajaiban alam semula jadi yang jarang berlaku, kewujudan gua ini kini terancam oleh rancangan untuk membina lima empangan besar di kawasan itu.

Bagi aku, keindahan semulajadi ciptaan Allah ini harus dijaga. jika kerajaan Argentina tetap dengan keputusan untuk membina empangan tersebut, Gua dan tasik ini akan hilang begitu saja.  hanya  gambar sahaja yang dapat dijadikan bukti kepada generasi akan datang tentang kewujudan Gua Batu Marmar Patagonia ini.

Pengejar Ribut

Kali ni aku nak berkongsi gambar-gambar ribut taufan yang memng tidak akan berlaku di negara kita buat masa ni. Masa akan datang aku tak tahu. Gambar-gambar ini aku ambil daripada website Jim Reed
Jim Reed adalah antara "Weather Photographer" yang berjaya. Telah 21 tahun beliau mengambil gambar-gambar cuaca seperti ribut, taufan, tornado di serata Amerika. Nak tahu, nak lihat hasil fotografi beliau, sila ke web site http://www.jimreedphoto.com/.




























Aku memang kagum, terpesona melihat gambar-gambar ini. Gambar-gambar ini membuatkan aku terfikir, jika Malaysia dilanda ribut sebegini, adakah kita telah bersedia?....


Ahad, 16 September 2012

Gambar Senja yang menarik

Untuk Entry kali ni, aku nak kongsi gambar-gambar senja yang menarik.



 

 






 


 

 
 
 

 

 

 

 

 


 














Sumber:  billyinfo.blogspot.com

Untuk pengetahuan korang... gambar di atas ni.. bukan aku yg shoot. tapi aku mmg berharap 1 hari nanti, aku boleh shoot matahati terbenam atau matahari terbit secantik gambar-gambar di atas. gambar2 ni aku ambik dari Blog Billyinfo.

Suasana waktu senja memang menarik. Itu yang membuatkan aku selalu mengambil gambar suasana senja. contoh gambar senja aku ada di entry ke 2 aku. Kenapa ambil gambar senja?... bagi aku, suasana senja adalah suasana yang paling menarik untuk dirakam. Walaupun ianya dirakam di tempat yang sama, tetapi suasana senja itu adalah berlainan. Dengan setting yang betul, kita dapat merakam keindahan senja.

ok la, setakat ini sahaja entry tuk kal ni. Post gamba orang dulu, bila aku dah ada gambar-gambar yang sesuai, aku akan masukkan dalam entry.

Sabtu, 15 September 2012

Cermin Semulajadi


 Sila kagum dengan keindahan gambar-gambar di bawah ini...ianya dipanggil sebagai seni fotografi pantulan atau reflection art photograph...





















Sumber gambar: Billy Info: Gambar Menakjubkan - Natural Mirrors

Menarik kan gambar-gambar diatas?...menunjukkan air sebenarnya adalah cermin semulajadi. Selain digunakan sebagai minuman. dibawah ini ada 1 gambar dari aku yang diambil dari Masjid Sultan Mizan, Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.


ini sahaja untuk kali ni...

Kembali

Assalamualaikum......
setelah sekian lama... akhirnya aku kembali menulis untuk blog yang tak seberapa ni. Bukan aku menyorok atau bertapa, cuma tidak ada perkara yang hendak aku cerita. Aku telah mengambil banyak gambar, dan seperti biasa aku bergerak secara solo. Dalam entry aku aku sebelum ini, aku ada menulis tentang 1 "Quotes" daripada Henri Cartier Bresson. iaitu “ Your first 10,000 photographs are your worst.".

Bagi aku apa yang beliau katakan adalah betul. Bukan mudah untuk mendapatkan gambar-gambar yang boleh dianggap menarik. Walaupun sekarang ini era digital, tetapi untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik masih ada cabaran yang tersendiri. Cuba bayangkan Photographer-Photographer yang sudah lama berkecimpung dalam bidang Photography sebelum era digital. Dengan hanya menggunakan negatif filem, mereka masih lagi dapat untuk mengambil gambar-gambar yang mernarik perhatian orang ramai untuk melihatnya.

Aku  pula, masih lagi baru dalam bidang ini. Jika aku ini bayi dalam bidang Photography, aku rase aku ni baru mencapai tahap untuk belajar menterbalikan badan aku  untuk meniarap. Masih banyak yang perlu aku pelajari.

Untuk entry kali ni, aku letakkan gambar-gambar lama, yang aku rasa menarik pada pendpat aku. Gambar-gambar ini aku ambil ketika ada "event"  Festival Belon Udara Panas yang ber;anhsung pada Bulan Mac 2012 di Putrajaya. Mintak maaf kalau gambar-gambar ini tak menarik di mata kamu semua. Aku juga nak mintak maaf sebab aku x letak exif data pada gambar-gambar ini. Aku terlupa exif data bg setiap gambar.













Sampai di sini sahaja entry untuk kali ni. Kalau ada yang hendak aku ceitakan, aku akan tulis lagi. terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog aku ni.