Aisberg...
Apakah aisberg?.. Aisberg merupakan sebuah ais air tawar yang terpisah daripada glasier salji atau dataran ais yang timbul di permukaan air. Ia kemudian mungkin membeku dan menjadi pek ais atau tersangkut pada dasar laut di perairan cetek, menyebabkan hakisan ais.
Kerana ketumpatan ais tulen adalah kira-kira 920 kg / m³, dan air laut kira-kira 1025 kg / m³, biasanya hanya 1/9 jumlah aisberg berada di atas air. Bentuk bahagian di dalam air boleh menjadi sukar untuk dinilai dengan melihat pada bahagian atas permukaan. Ini telah membawa kepada puncak aisberg. ungkapan, masalah atau kesukaran yang hanya satu manifestasi kecil daripada masalah yang lebih besar.
Aisberg sering kali menjadi masalah kepada kapal-kapal yang berlayar di laut kerana ianya agak sukar untuk dinilai saiz dan bentuk sesuatu aisberg. Walaupun yang dilihat di permukaan air adalah kecil, tetapi kita tidak tahu saiz sebenar sesuatu aisberg yang berada di bawah. Telah banyak kejadian kapal karam kerana terlanggar aisberg. Kejadian kapal karam yang paling popular disebabkan oleh Aisberg adalah kapal Titanic pada tahun 1912 yang mengorbankan beribu orang.
Di bawah adalah gambar-gambar aisberg yang menarik.
Isnin, 1 Oktober 2012
Sabtu, 29 September 2012
Hana-Mi Fiesta Melihat Bunga Sakura
Assalamualaikum
Hana-Mi atau menonton bunga/melihat bunga adalah acara yang diadakan setiap tahun di Jepun di bawah pohon sakura yang sedang berkembang mekar. Penduduk di Jepun akan duduk berkelah dan melihat bunga sakura yang sedang berkembang mekar.
Bunga Sakura boleh dikatakan sebagai bunga kebangsaan Jepun. Mekarnye bunga sakura menandakan kehadiran musim baru di Jepun. Setiap tahun, Agensi Kajicuaca Jepun dan orang awam mengesan sesuatu yang digelar sakura zensen sambil ia bergerak ke arah kepulauan utara dengan kedatangan musim panas menerusi ramalan waktu malam mengikuti segmen-segmen cuaca daripada program berita. Kemekaran bunga-bunga ini bermula di Okinawa pada Januari dan lazimnya mendekati Kyoto dan Tokyo pada akhir bulan Mac atau permulaan bulan April. Kemudian ia bergerak ke altitud yang lebih tinggi, hingga ke Hokkaido beberapa minggu kemudian.
Penduduk di Jepun akan berkumpul di taman-taman, makam dan kuil bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengadakan pesta Hana Mi. Ada pula tradisi di kalangan petani di Jepun meakukan upacara minum "sake" (arak nasi) di bawah naungan kanopi bunga sakura. Dengan melakukan upacara ini, mereka mengharapkan hasil tuaian lebih baik pada tahun seterusnya. Sebilangan penduduk di Jepun percaya bahawa Hana-mi adalah satu upacara keagamaan kerana beranggapan pohons sakura adalah pagar antara tuhan dan manusia. Tetapi tidak salah bagi yang beragama islam untuk melihat dan manghayati keindahan ciptaan Yang Maha Esa.
Dipercayai, pesta Hana-mi ini bermula dalam tempoh Heian (794- 1911) di mana orang Jepun banyak mengikut amalan amalan dari China, antaranya fenomena sosial pesta melihat bunga (hanami: 花見), di mana keluarga Maharaja, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi, dan bangsawan-bangsawan yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura. Pesta pertama yang pernah direkodkan berlangsung di Taman Shinsen-en Kyoto pada tahun 812. Di China, pokok "ume plum" (sebenarnya merupakan spesies pokok aprikot) yang seringkali menjadi simbol kebanggaan, namun bagaimanapun menjelang ketibaan pertengahan abad kesembilan, bunga sakura telah menggantikan pokok plum tersebut sebagai spesies yang diminati di Jepun
di bawah ni adalah gambar-gambar menarik Pokok Sakura dan juga Pesta Hana-Mi yang diadakan setiap tahun di Jepun.

Selasa, 25 September 2012
Tempat-tempat unik yang wujud di Bumi
Assalamualaikum.
Untuk Entry kali ni, aku nak kongsi beberapa gambar lanskap yang agak unik yang korang semua mungkin percaya atau tak yang wujud di muka bumi ni. Aku rasa dalam blog-blog lain ada diceritakan, dikongsikan tentang lanskap-lanskap ni. Tanpa Photographer-photographer yang hebat dan berpengalaman, dan tanpa bantuan dunia Internet. Kita mungkin tak tahu kewujudan tentang lanskap-lanskap ini. lanskap-lanskap ini bukan sahaja menarik dan unik, malahan gambar-gambar yang diambil oleh Photographer-photographer ini juga cantik dan menunjukkan keunikan lanskap-lanskap ini.

Iceland
Negara yang dipenuhi dengan ais, batu, wap dan buih. Bila digabungkan semuanya... jadila seperti gamba di bawah. hanya di Iceland. Pulau yang tidak ada pokok, dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 320,000 orang dan terdapat glacier terbesar di Eropah iaitu Vatnajokull. Diingatkan... ini bukan gambar di planet makhluk asing, ini gamba lanskap di Iceland
Iceland by stuckincustoms
Vatnajökull by eir@si
Isnin, 24 September 2012
Aurora
Aurora ooh aurora.. pentingkah kamu itu... mengapa aku terpegun... antara bait-bait lirik lagu Aurora dari kumpulan Estranged. Aku rasa ramai yg tahu pasala kumpulan ni. Ok.. aku bukan nak cerita pasal kumpulan Estranged ni.. tapi aku nk cerita pasal Aurora.
Apa itu Aurora?
Aurora adalah fenomena cahaya yang terjadi di langit malam dan berlaku di kawasan Kutub. Nama Aurora diambil dari nama Dewi Rom. Di Kutub Utara ianya digelar Aurora Borealis. Borealis diambil daripada nama Greek untuk angin utara iaitu Boreas. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.
Ahad, 23 September 2012
kanak-kanak
Assalamualaikum.
Untuk Entry kali ni... aku kongsikan gambar kanak-kanak, budak-budak yg pernah aku shoot di beberapa event yang aku pergi. Kebanyakannya aku pergi seorang diri. Ke semua gambar yang aku post ni, aku shoot secara candid. Konon-konon nk wat street photography la.
Aku memang suka shoot gambar kanak-kanak, bebudak ni. salah satu sebabnya adalah aku suka tengok telatah dan gelagat mereka. Mereka hanya dengan dunia mereka.. walaupun ada yang malu-malu di saat dirakam gambar mereka, tetapi mereka akan terus bermain, terus melakukan apa jua yang mereka lakukan. Mereka selalu ceria dan mudah tersenyum.
Sabtu, 22 September 2012
Langgan:
Catatan (Atom)