Powered By Blogger

Rabu, 19 September 2012

Guru-guru Photography ku (Secara Maya)

Assalamualaikum

Untuk Entry kali ni, aku tak post gambar. tapi aku nak post tentang webpage, blog tentang Photography yang  boleh dianggap sebagai guru-guru aku secara maya dalam dunia Photography. Blog-blog ini aku temui semasa aku mula-mula belajar pegang kamera. Cuma pada masa itu aku hanya melihat dan cuba untuk mempraktikkan apa sahaja ilmu2 fotografi yang telah mereka berikan. Jadi jika mereka membaca blog aku yang tak seberapa ini. Terima kasih aku ucapkan. Tanpa blog-blog dan webpage ini, aku mungkin masih lagi meraba-raba dalam dunia Photography. Jika diizinkan oleh Allah SWT, aku ingin bertemu dengan mereka ini,

http://www.wazariwazir.com/
Wazari Wazir adalah Photojournalist yang bekerja dengan sebuah Agensi Kerajaan Malaysia. Gambar-gambar yg beliau shoot sama ada untuk kerja atau peribadi, memang terbaik dan cantik. terima kasih pada http://www.matjoe.com kerana menunjukkan aku tentang kewujudan web page ini.

http://www.fototeacher.com
Webpage yang aku rasa tak perlu aku kenalkan. Kebanyakan Photographer baru akan ke webpage ini untuk belajar ilmu Photography (Termasuklah aku). selain daripada ilmu-ilmu Photography, ada juga entry-entry berkaitan dengan dunia Photography.

www.digitalmukmin.com
Webpage yang ini pun aku rasa tak perlu aku kenalkan. tengok tajuk je dah tau siapa punya. Tapi bagi yang tak tahu. Page ini adalah page Ustaz Azhar Idrus. di  mana di dalam page ini, terdapat gambar-gambar yang beliau ambil dan juga forum di mana peminat beliau boleh beriteraksi  Selain dari ceramah agama, beliau juga adalah seorang Photographer. Aku tak berape pasti tentang jenis, model dan jumlah kamera yg beliau gunakan. Denga cerita beliau guna Nikon D3.

http://sueannajoe.blogspot.com/
Sape yang tak kenal dengan Sue Anna Joe? Pernah tgk Iklan Emas Seri Pinang?...beliau la 2. Sejujurnya aku pun mula melayari blog beliau ni lepas tengok iklan tu. Bagi aku, beliau adalah salah seorang Photographer Wanita yang terbaik, komited tentang Photography. Sebab aku banyak perhatikan, Wanita-wanita yang menceburi bidang Photography ni, hanya untuk seketika. Lepas kahwin, Photography semakin diketepikan atas alasan keluarga. Walaupun tak semua macam 2.  Tapi tidak dinafikan, gambar-gambar yang beliau ambil adalah terbaik, cantik dan mempunyai nilai-nilai seni yang tersendiri. selain dari blog ini, beliau ada lagi blog2 lain yg boleh dilayari.
 
http://noorizamsabran.com/
Boleh dikatakan page ni adalah guru maya  pertama aku dalam photography. walaupun aku tak pernah join dia punye outing, tapi info-info, ilmu-ilmu Photography yang aku ada sekarang, bermula dari page ini. aku mmg berharap agar 1 hari nnt aku dpt join Noorizam Sabran punye outing.

http://adhadimohd.com/
Aku terjumpa page ni masa aku tengah mencari blog fotografi di Internet (kat mane lagi nak cari kn), dan terjumpa dengan http://blog.amirez.com/. Bile aku baca blog Amirez ni aku tertarik dengan tajuk 5 Blog Fotografi mesti baca. dan dari situ aku tau tentang blog adhadimohd ni. Blog dia menarik, banyak info, banyak ilmu terutama tentang editing menggunakan software-software editing seperti Photoshop, Lightroom.

http://creatphoto.wordpress.com
Blog ni sesuai untuk photographer baru kerana mempunyai entri-entri mengenai basic photography. Blog ini adalah milik En. Hazaldan Taib. Blog ini pn aku jumpa semasa mencari blog-blog fotografi. Pada aku, blog ini sesuai untuk beginner dalam fotografi mcm aku ni.

Ini sahaja  yg dpt aku kongsi untuk entry ni. jika ada web, blog fotografi yang lain, boleh kongsikan bersama

Sekian terima kasih.
Adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan