Powered By Blogger

Isnin, 20 Mei 2013

COSPLAY... Permainan Kostum


Assalamualaikum..... dah lama tak update blog aku ni... dah agk berhabuk...

untuk entri kali ni.. aku nak ceritakan tentang cosplay..

apa itu cosplay?... menurut wikipedia cosplay adalah singkatan daripada "Costume Play" atau lebih mudah permainan kostum. Di mana seseorang menggayakan kostum dan aksesori daripada watak dalam anime, kartun, filem dan sebagainya. Cosplayer adalah panggilan kepada individu yang terlibat dengan Cosplay ini. Terdapat juga "Crossplayer" iaitu cosplayer mengenakan, menggayakan kostum jantina yang lain seperti Cosplayer perempuan menggayakan kostum watak lelaki.

Istilah Cosplay ini telah direka oleh Nobuyuki Takahashi dari Studio Hard Jepun semasa menghadiri Konvensyen Dunia Fiksyen Sains Los Angeles 1984. Di mana dalam konvensyen tersebut beliau telah melihat ramai pengunjung yang memakai kostum watak-watak kegemaran mereka.

Aku tak pasti siapa, bila dan di mana Cosplay ini dimulakan. Di negara-negara barat, khususnya Amerika Syarikat, kanak-kanak akan memakai kostum untuk mengambil gula-gula semasa hari Hallowen. Cosplay amat popular di negara Jepun kerana di sana berkembangnya anime dan manga. kalau tak silap aku, di satu kawasan di Harajuku, terdapat ramai Cosplayer sehinggakan ada restoran di mana pelayan mereka mengenakan kostum untuk melayan pelanggan. Setahu aku, Cosplayer akan menggunakan modal yang agak besar untuk mereka atau membeli kostum-kostum watak kegemaran mereka.

Di bawah ni terdapat beberapa gambar yang aku ambil semasa Comic Fiesta yang diadakan di Kuala Lumpur. Mudah bagi mengambil gambar cosplayer ini kerana mereka akan memberi kerjasama yang baik kepada Photographer yang meminta mereka pose atau melakukan aksi seperti di dalam komik atau filem.














setakat ini sahaja entri untuk kali ni. Jika ada kelapangan aku akan cuba untuk adakan entri baru. sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan