Powered By Blogger

Ahad, 14 Oktober 2012

Lukisan di sawah padi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Entri kali ni, aku post gambar-gambar lukisan, mural di sawah padi yang hanya ada di Jepun. kreatif kan orang-orang jepun ni?..sawah padi ditukarkan menjadi kanvas dan dicorakkan dengan lukisan yang menarik.
Aku tak tahu macam mana mereka boleh terfikir nak buat benda-benda macam ni. Mungkin merka kebosanan semsa menunggu musim menuai padi, jadi mereka membuat lukisan-lukisan di sawah padi mereka.






Jumaat, 12 Oktober 2012

Gambar Air Terjun yang cantik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk Entri kali ni, aku post gambar-gambar air terjun yang menarik di serata dunia yang diambil oleh Photographer yang berbakat. Air terjun adalah 1 elemen alam semulajadi yang menarik di merata dunia. Gambar-gambar sebegini boleh, membuatkan kita terasa tenang dan santai. Ia juga membuatkan kita sedar tentang kebesaran Yang Maha Esa.

Palouse Falls © Vincent Piotrowski

Khamis, 11 Oktober 2012

Mentari Terbit di serata dunia (Gambar)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Untuk Entri kali ni.. aku jamukan mata semua yang membaca entri ni dengan pemandangan indah terbitnya sang mentari yang diambil oleh photographer-photographer serata dunia

Bagi aku yang juga penggemar  photography terbit dan tenggelam mentari, gambar-gambar ini adalah yang terbaik yang pernah aku lihat. Mungkin ada gambar lain yang aku tak jumpa.

Galicia, Spain
Source: pixkanaka

Khamis, 4 Oktober 2012

Lapangan Terbang terbaik 2012



1. INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT

Incheon - Top Ten Airports
Ini adalah lapangan terbang terbesar di Korea Selatan dan juga sebagai salah satu daripada lapangan terbang tersibuk di dunia. Ia mempunyai penghormatan sebagai lapangan terbang terbaik di dunia selama tujuh tahun berturut-turut oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa. Bit yang menarik ialah lapangan terbang yang mempunyai padang golf , spa , bilik tidur swasta, taman dan juga muzium. Lapangan terbang yang dimiliki oleh Kerajaan Korea Selatan dan menjadi hub Asiana Airlines , Korean Air dan Kargo Udara Kutub.


Isnin, 1 Oktober 2012

Aisberg

Aisberg...
Apakah aisberg?..  Aisberg merupakan sebuah ais air tawar yang terpisah daripada glasier salji atau dataran ais yang timbul di permukaan air. Ia kemudian mungkin membeku dan menjadi pek ais atau tersangkut pada dasar laut di perairan cetek, menyebabkan hakisan ais.

Kerana ketumpatan ais tulen adalah kira-kira 920 kg / m³, dan air laut kira-kira 1025 kg / m³, biasanya hanya 1/9 jumlah aisberg berada di atas air. Bentuk bahagian  di dalam air boleh menjadi sukar untuk dinilai dengan melihat pada bahagian atas permukaan. Ini telah membawa kepada puncak aisberg. ungkapan, masalah atau kesukaran yang hanya satu manifestasi kecil daripada masalah yang lebih besar.

Aisberg sering kali menjadi masalah kepada kapal-kapal yang berlayar di laut kerana ianya agak sukar untuk dinilai saiz dan bentuk sesuatu aisberg. Walaupun yang dilihat di permukaan air adalah kecil, tetapi kita tidak tahu saiz sebenar sesuatu aisberg yang berada di bawah. Telah banyak kejadian kapal karam kerana terlanggar aisberg. Kejadian kapal karam yang paling popular disebabkan oleh Aisberg adalah kapal Titanic pada tahun 1912 yang mengorbankan beribu orang.

Di bawah adalah gambar-gambar aisberg yang menarik.




Sabtu, 29 September 2012

Hana-Mi Fiesta Melihat Bunga Sakura

Assalamualaikum

Hana-Mi atau menonton bunga/melihat bunga adalah acara yang diadakan setiap tahun di Jepun di bawah pohon sakura yang sedang berkembang mekar.  Penduduk di Jepun akan duduk berkelah dan melihat bunga sakura yang sedang berkembang mekar.

Bunga Sakura boleh dikatakan sebagai bunga kebangsaan Jepun. Mekarnye bunga sakura menandakan kehadiran musim baru di Jepun. Setiap tahun, Agensi Kajicuaca Jepun dan orang awam mengesan sesuatu yang digelar sakura zensen sambil ia bergerak ke arah kepulauan utara dengan kedatangan musim panas menerusi ramalan waktu malam mengikuti segmen-segmen cuaca daripada program berita. Kemekaran bunga-bunga ini bermula di Okinawa pada Januari dan lazimnya mendekati Kyoto dan Tokyo pada akhir bulan Mac atau permulaan bulan April. Kemudian ia bergerak ke altitud yang lebih tinggi, hingga ke Hokkaido beberapa minggu kemudian.



Penduduk di Jepun akan berkumpul di taman-taman, makam dan kuil bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengadakan pesta Hana Mi.  Ada pula tradisi di kalangan petani di Jepun meakukan upacara minum "sake" (arak nasi) di bawah naungan kanopi bunga sakura. Dengan melakukan upacara ini, mereka mengharapkan hasil tuaian lebih baik pada tahun seterusnya.  Sebilangan penduduk di Jepun percaya bahawa Hana-mi adalah satu upacara keagamaan kerana beranggapan pohons sakura adalah pagar antara tuhan dan manusia. Tetapi tidak salah bagi yang beragama islam untuk melihat dan manghayati keindahan ciptaan Yang Maha Esa.

Dipercayai, pesta Hana-mi ini bermula dalam tempoh Heian (794- 1911) di mana orang Jepun banyak mengikut amalan amalan dari China, antaranya fenomena sosial pesta melihat bunga (hanami: 花見), di mana keluarga Maharaja, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi, dan bangsawan-bangsawan yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura. Pesta pertama yang pernah direkodkan berlangsung di Taman Shinsen-en Kyoto pada tahun 812. Di China, pokok "ume plum" (sebenarnya merupakan spesies pokok aprikot) yang seringkali menjadi simbol kebanggaan, namun bagaimanapun menjelang ketibaan pertengahan abad kesembilan, bunga sakura telah menggantikan pokok plum tersebut sebagai spesies yang diminati di Jepun

di bawah ni adalah gambar-gambar menarik Pokok Sakura dan juga Pesta Hana-Mi yang diadakan setiap tahun di Jepun.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/2a/Castle_Himeji_sakura02.jpg/300px-Castle_Himeji_sakura02.jpg

Selasa, 25 September 2012

Tempat-tempat unik yang wujud di Bumi

Assalamualaikum.

Untuk Entry kali ni, aku nak kongsi beberapa gambar lanskap yang agak unik yang korang semua mungkin percaya atau tak yang wujud di muka bumi ni. Aku rasa dalam blog-blog lain ada diceritakan, dikongsikan tentang lanskap-lanskap ni. Tanpa Photographer-photographer yang hebat dan berpengalaman, dan tanpa bantuan dunia Internet. Kita mungkin tak tahu kewujudan tentang lanskap-lanskap ini. lanskap-lanskap ini bukan sahaja menarik dan unik, malahan gambar-gambar yang diambil oleh Photographer-photographer ini juga cantik dan menunjukkan keunikan lanskap-lanskap ini.

Iceland

 Negara yang dipenuhi dengan ais, batu, wap dan buih. Bila digabungkan semuanya... jadila seperti gamba di bawah. hanya di Iceland. Pulau yang tidak ada pokok, dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 320,000 orang dan terdapat glacier terbesar di Eropah iaitu Vatnajokull. Diingatkan... ini bukan gambar di planet makhluk asing, ini gamba lanskap di Iceland

Iceland by stuckincustoms Iceland by stuckincustoms
Vatnajökull by eir@si