Assalamualaikum
Hana-Mi atau menonton bunga/melihat bunga adalah acara yang diadakan setiap tahun di Jepun di bawah pohon sakura yang sedang berkembang mekar. Penduduk di Jepun akan duduk berkelah dan melihat bunga sakura yang sedang berkembang mekar.
Bunga Sakura boleh dikatakan sebagai bunga kebangsaan Jepun. Mekarnye bunga sakura menandakan kehadiran musim baru di Jepun. Setiap tahun, Agensi Kajicuaca Jepun dan orang awam mengesan sesuatu yang digelar
sakura zensen
sambil ia bergerak ke arah kepulauan utara dengan kedatangan musim
panas menerusi ramalan waktu malam mengikuti segmen-segmen cuaca
daripada program berita. Kemekaran bunga-bunga ini bermula di Okinawa pada Januari dan lazimnya mendekati Kyoto dan Tokyo pada akhir bulan Mac atau permulaan bulan April. Kemudian ia bergerak ke altitud yang lebih tinggi, hingga ke Hokkaido beberapa minggu kemudian.
Penduduk di Jepun akan berkumpul di taman-taman, makam dan kuil bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengadakan pesta Hana Mi. Ada pula tradisi di kalangan petani di Jepun meakukan upacara minum "sake" (arak nasi) di bawah naungan kanopi bunga sakura. Dengan melakukan upacara ini, mereka mengharapkan hasil tuaian lebih baik pada tahun seterusnya. Sebilangan penduduk di Jepun percaya bahawa Hana-mi adalah satu upacara keagamaan kerana beranggapan pohons sakura adalah pagar antara tuhan dan manusia. Tetapi tidak salah bagi yang beragama islam untuk melihat dan manghayati keindahan ciptaan Yang Maha Esa.
Dipercayai, pesta Hana-mi ini bermula dalam tempoh Heian (794- 1911) di mana orang Jepun banyak mengikut amalan amalan dari China, antaranya fenomena sosial
pesta melihat bunga (
hanami:
花見), di mana keluarga Maharaja, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi,
dan bangsawan-bangsawan yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah
bunga sakura. Pesta pertama yang pernah direkodkan berlangsung di Taman
Shinsen-en Kyoto pada tahun 812. Di China, pokok "ume plum"
(sebenarnya merupakan spesies pokok aprikot) yang seringkali menjadi
simbol kebanggaan, namun bagaimanapun menjelang ketibaan pertengahan
abad kesembilan, bunga sakura telah menggantikan pokok plum tersebut
sebagai spesies yang diminati di Jepun
di bawah ni adalah gambar-gambar menarik Pokok Sakura dan juga Pesta Hana-Mi yang diadakan setiap tahun di Jepun.