Powered By Blogger

Selasa, 25 September 2012

Tempat-tempat unik yang wujud di Bumi

Assalamualaikum.

Untuk Entry kali ni, aku nak kongsi beberapa gambar lanskap yang agak unik yang korang semua mungkin percaya atau tak yang wujud di muka bumi ni. Aku rasa dalam blog-blog lain ada diceritakan, dikongsikan tentang lanskap-lanskap ni. Tanpa Photographer-photographer yang hebat dan berpengalaman, dan tanpa bantuan dunia Internet. Kita mungkin tak tahu kewujudan tentang lanskap-lanskap ini. lanskap-lanskap ini bukan sahaja menarik dan unik, malahan gambar-gambar yang diambil oleh Photographer-photographer ini juga cantik dan menunjukkan keunikan lanskap-lanskap ini.

Iceland

 Negara yang dipenuhi dengan ais, batu, wap dan buih. Bila digabungkan semuanya... jadila seperti gamba di bawah. hanya di Iceland. Pulau yang tidak ada pokok, dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 320,000 orang dan terdapat glacier terbesar di Eropah iaitu Vatnajokull. Diingatkan... ini bukan gambar di planet makhluk asing, ini gamba lanskap di Iceland

Iceland by stuckincustoms Iceland by stuckincustoms
Vatnajökull by eir@si

Gambar pemandangan menarik dari udara


   1. Gajah Di dalam Paya, Okavango delta, Botswana
    

Isnin, 24 September 2012

Aurora


Aurora ooh aurora.. pentingkah kamu itu... mengapa aku terpegun... antara bait-bait lirik lagu Aurora dari kumpulan Estranged. Aku rasa ramai yg tahu pasala kumpulan ni. Ok.. aku bukan nak cerita pasal kumpulan Estranged ni.. tapi aku nk cerita pasal Aurora. 

Apa itu Aurora?
Aurora adalah fenomena cahaya yang terjadi di langit malam dan berlaku di kawasan Kutub. Nama Aurora diambil dari nama Dewi Rom. Di Kutub Utara ianya digelar Aurora Borealis. Borealis diambil daripada nama Greek untuk angin utara iaitu Boreas. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.

Ahad, 23 September 2012

kanak-kanak


Assalamualaikum.

Untuk Entry kali ni... aku kongsikan gambar kanak-kanak, budak-budak yg pernah aku shoot di beberapa event yang aku pergi. Kebanyakannya aku pergi seorang diri. Ke semua gambar yang aku post ni, aku shoot secara candid. Konon-konon nk wat street photography la.

Aku memang suka shoot gambar kanak-kanak, bebudak ni. salah satu sebabnya adalah aku suka tengok telatah dan gelagat mereka. Mereka hanya dengan dunia mereka.. walaupun ada yang malu-malu di saat dirakam gambar mereka, tetapi mereka akan terus bermain, terus melakukan apa jua yang mereka lakukan. Mereka selalu ceria dan mudah tersenyum.

Jumaat, 21 September 2012

Kilat

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.

Entry aku kali ni, aku 'Post' gambar-gambar kilat. Gambar-gambar ni aku ambik dari http://digital-photography-school.com. Website ni bagus untuk semua photographer. Aku memang berhajat untuk belajar mengambil gambar kilat ni, cuma aku mungkin tahu secara teori, praktikal?.. tak cuba pun lagi. Bukan tak ada masa tapi aku tak tahu di mane tempat menarik untuk aku shoot kilat. Untuk belajar cara-cara shoot kilat, boleh ke web digital photography school ni. web ni ada mengajar cara-cara untuk shoot kilat.

Masa sekolah dulu kita ada belajar sains kan?.. bagaimana Benjamin Franklin menemui elektrik dengan bermain layang-layang semasa hujan dan ada kilat. dari situ, beliau menemui elektrik dan digunakan oleh semua orang sehinnga kini.

Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keeltrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah. Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.
Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebkaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik
Kilat juga menghasilkan medan magnetik dan sinar X.

sumber info: wikipedia.


 
 
 
Lightning-6-1
 
Lightning-3-1
 
Lightning-2-1
 
 
 
Lightning-5-1
 
 Sampai sini sahaja entry aku tuk kali ni. Ada peluang dan masa, akan ada entry baru dari aku.
 
 
 
 
 

Rabu, 19 September 2012

Letusan Gunung Berapi




1) Puyehue Volcano, Chile

 

 

 

 

 



Photo by CLAUDIO SANTANA/AFP/GETTY IMAGES


2) Mt. Augustine, Alaska – March 27, 2006


Photo by CYRUS READ/AVO/USGS


3) Tungurahua, Ecuador


Photo by REUTERS/Carlos



4) Mount Merapi, Indonesia – November 3, 2010


Photo by BEAWIHARTA/REUTERS


5) Eyjafjallajokul Volcano, Iceland – April 17, 2010


Photo by AP PHOTO/ARNAR THORISSON/HELICOPTER.IS


6) Mt. Bromo, Indonesia – September 28, 2006


Photo by FISCHERFOTOGRAFIE.NL

7) Mount Etna, Italy

Perched above the lighted city of Catania, Italy, Mount Etna hurls a fountain of fire skyward as rivers of lava spill down its flanks. In spite of its dazzling displays, Mount Etna is a relatively safe volcano with rare, compact eruptions and slow-flowing lava that gives people a chance to escape.
Photo by Carsten Peter, National Geographic

8) Kliuchevskoi Volcano, Russia – October 11, 1994
Photo by NASA


9) Mount St. Helens, United States – May 18, 1980


Photo by ROBERT KRIMMEL/USGS


Gunung berapi, cantik tetapi merbahaya. Letusan gunung berapi menggegarkan 1 negara, Lahar dan lava yang berwana merah membara mengalirdan memusnahkan apa sahaja. Kita di Malaysia harus bersyukur kerana tidak berada di Lingkaran Api Pasifik. Jika tidak pastinya, kita sendiri bakal mengalaminya. Aku tak pasti, tapi daripada sumber-sumber yang aku tak pasti tentang kebenarannya ada yang mengatakan Gunung Tahan, Gunung Kinabalu, Gunung Jerai dan Banjaran Titiwangsa adalah antara gunung berapi muda yang mngkn akn mengambil masa puluhan ribu atau jutaan tahun lagi untuk meletus. Ada juga Photographer yang sanggup menggadaikan nyawa untuk mengambil gambar letusan, lahar dan Lava gunung berapi ini antaranya ialah

1. G. Brad Lewis

Lava on road
Lava On Road

Pu'u O'o vent
Pu'u O'o vent

2.Skarphedinn Thrainsson
 
Dancing with the Devil<br />
Erupting volcano in Fimmvörðuháls/Eyjafjallajökull, south Iceland
 Dancing with the Devil

exploring the erupting volcano in Fimmvörðuháls, south Iceland

Daredevils

 
Pernahkah kamu terfikir kenapa mereka sanggup mempertaruhkan nyawa untuk merakam, memotret detik-detik letusan gunung berapi yang merbahaya ini?..Pada pendapat aku, mereka sanggup untuk menggadaikan nyawa adalah kerana moment letusan gunung berapi adalah sukar untuk dicari. Lagipun dengan adanya mereeka, kita boleh tahu bagaimana keadaan sesebuah gunung berapi selepas ianya meletus. Bagaimana bentuk lahar gunung berapi.  Melalui gambar-gambar ini kita boleh bayangkan apa yang terjadi  sewaktu Bandar Pompeii  dilanda lahar daripada Gunung Vesuvius yang meletus pada tahun 79 Sebelum Masihi. Kita boleh bayangkan keadaaan Gunung Berapi Krakatoa yang meletus pada tahun 1883.

 Jika diberi peluang, aku juga ingin mengambil gamba letusan gunung berapi, tetapi biarlah ilmu di dada aku ni mencukupi dahulu. ampai di sini sahaja entry aku kali ini. Assalamualaikum...

Adios